Travelog: Kundasang / Kota Kinabalu Sabah (day 3 & 4) (2016) (21-24.09.16)

by - 6:18:00 PM

Assalammualaikum
dan
hai korang

Sambungan dari Entry


Cik Lia mntak maaf sgt2 sbb terpakse re-upload Travelog: Kota Kinabalu (day 1 & 2) td. Sbb ada problem dgn Encik Google. Oklah kite sambung entry hari 3 dan 4 sepanjang Cik Lia berada di Sabah.

Kundasang Sabah Day 3

Mcm yang Cik Lia bgtau dlm entry lepas. Cik Lia xde singgah ke Rumah Terbalik,Jambatan Tamparuli dan Chantek Borneo Gallery sbb nk singkatkan masa perjalanan ke Ranau Sabah @ Kundasang.
Pagi2 lepas check out, breakfast (mcm entry lepas mat salleh breakfast lagi
Perjalanan dari KK ke Ranau mengambil masa 2 jam lebih. Kalau xjem sbb lori besar2 korang akan sampai pekan ranau tu 2 jam. Masa naik ke Ranau tu hujan lebat so xdelah singgah dkt Pekan Nabalu (korang akan jumpa pekan nabalu dulu bru jumpa pekan ranau)sbb kitorang smpai dkt pukul 10 lebih kitorang decide nk check in hotel dkt Crystal Hill Resot tp syg nya..nak tau knapa syg nya? meh tgk gmbar bwah ni.


jalan nak naik ke Crystal Hill tu xelok..Cik Lia, mama dgn adk terpakse turun dari kereta. bru boleh naik smpai atas resort

Smpai dkt resort tu xde org pulak..pintu lobby berkunci..Sigh..rupenye staff kluar lunch..So ble kitorang tgk keadaan tempat tu agak mencabar untuk naik semula kitorang decide untuk batalkan check in kat hotel tu. Jadi cadangan Cik Lia kalau korang dtg sini kne sewa Hilux @ fourwheelcar tp harga dia mahal la..View mmg cntek la sbb resort atas bukit ..

lepas xjadi chek in kat situ kitorang trus shoot pg Sabah Tea Resort. Perjalanan dari Pekan Ranau ke situ amek mase 1 jam lebih lau xde gngguan dri lori la.. 






sampai dkt sini dah tghari so kitorang decide x masuk ke dlm diorg punye kilang (kalau korang beli tiket yg cik lia bgtau tu korang boleh masuk kilang diorg untuk tgk proses buat teh secara percuma  tp ada had masa dan had perserta) sbb kitorang xmasuk dlm kilang tu staff sabah tea pun bg la jugak goodies..4 mini size paket serbuk daun teh. Sbb dah tghrikan makan breakfast pun roti je kitorang decide trus je mkn tghari kat situ sbb nnt nk trus pg Kg luanti plak. dkt sini korang jgn lupa tujuk pass yg Cik Lia ada bgtau dlm entry Travelog: Kota Kinabalu Sabah (day 1 &2) tu tau.



Cik Lia oder chicken rice clayport & Borneo ice tea (kalau xsilap la)

So far makan dia sedap, nasi goreng seafood dia pun sedap air teh pandan ice pun sedap. Lepas knyang dan sebelum balik jgn lupa bli ole2 dkt sini. ada sabah teh, t-shirt dan lain2 lagi. Abah dgn mama borong teh sabah buat ole2 untuk org2 dkt opis. settle memborong trus shoot pg Kg Luanti Fish Spa.



Kg. Luanti Fish SPA

Perjalanan dari Sabah Tea Resort td xdelah jauh nk ke Kg Luanti Fish Spa ni. x sampai 15 minit pun. dkt sini pun sme korang just bg pass td dan cop bru la korang naik sikit dkt atas ada gerai2 dgn titi gantung. korang akan jumpa kaunter masuk dkt sini korang kne tunggu giliran ye sbb staff kat sini xnk ramai2 masuk kedlm Fish Spa tu. ble no korang dah naik boleh la msuk selfie la bape bnyak take pun smpai la no korang dipanggil semula untuk keluar. dlm ni diorg bg 15 minit je untuk main2 dgn ikan dkt situ..mmg best la boleh dgr org jerit geli la sakit la mcm2 lagi lawak pun ado.korang jgn lupa bg mkan ikan tu Cik Lia xingat pulak bpe harga sepeket makan ikan tu. jgn lupa tukar kasut korang dgn sliper ye..nnt basah pulak kasut korang.


ble nak kluar je dari Kg Luanti ttbe ujan pulak nasib smpat naik sorg2 atas titi gantung tu. ujan dah la renyai2 org2 yg naik atas tu bleh plak slow2 jalan nak smpai ujung tp Cik Lia xsmpai ujung pun sbb ujan dah lebat.  

Selepas ke Kg Luanti, kitorang trus shot ke Desa Diary Cattle Farm Kundasang. Nak tgk Lembu Newzeland la katakan.

tiket masuk RM 5.00 seorg


"Welcome! Fresh Milk anyone?"


Encik Mooo tgh tukar giliran.

Dkt Desa Diary Farm ni lau bawak budak2 skolah mmg happening sbbnya diorg boleh belajar sesuatu dkt sini. nnt dkt vlog Cik Lia korang akan dpt tgk staff2 kat sini buat kerja diorg perah susu. tp pakai mesin la. 


ada jugak anak kmbing. jinak pulak tu.

korang boleh try bg minum susu dkt anak2 lembu dgn kambing dkt sini harga 1 botol RM 1.00 kot tah xingat lak. dkt sini diorg mmg pentingkan kebersihan sbbnya lepas korang dah pg dkt kadang anak lembu ni td korang kne lalu dkt air yg disediakan untuk cuci kaki dan kasut korang sebelum masuk semula kedalam kedai. 


Dkt sini wajib try diorg punya Ais cream dgn susu asli dari perahan encik moo td. pizza dia pun sedap.


Dari sini pun kite boleh tgk Gunung Kinabalu. tp xdelah jelas sgt sbb diselaputi kabus. Orang kata lau nk tgk Gunung Kinabalu tu kne tgk dri pkul 6 pg bru nmpak jelas. Kundasang War Memorial adelah last stop kitorang dkt Kundasang ni sebelum balek ke KK.


Kundasang War Memorial 

Dekat sini Cik Lia xsmpat amek gambar dkt dalam sbb ujan dan dah petang kaunter pun dah nk tutup. Ni last chek point korang untuk cop pass td. so abs sudah kelima2 Checkpoint korang. Tempat yg Cik Lia xpg dkt Kundasang ni Poring hot spring dgn Kota Kinabalu National Park.

Pasar Kota Kinabalu dan Bye2 KK Kundasang 
(day 4)

Last day sudah..owh td lupa nk bgtau kemana kitorang pergi lepas abs je aktiviti dkt Kundasang. Off couse la balek semula ke KK. Sampai kk dah malam jd kitorang walk in jelah dkt Lucky 11 Hotel dkt Pekan KK ni. Dan malam tu pulak adk pg tapau KFC makan dlm hotel.

sambung semula hari terakhir kitorang kat KK ni mama dgn abah Cik Lia pergi ke Pasar Kota Kinabalu konon2 nk bawak balik lauk fresh dri sabah tp syg..nnt Cik Lia bgtau npe ye..




kat sini mmg seafood ke ikan2 ke mmg fresh.

lepas settle beli seafood untuk bawak balek semenanjung kitorang balik hotel dan kemas2 trus check out. breakfast makan roti canai tp xsedap sedap lagi dkt semenanjung. Sampai airport trus antar semula kereta sewa td dkt owner dia dan kitorang trus check in brg.


syarat2 dari Malindo Air

Tgh2 check in lagguage tetibe staff Malindo Air tu tnya ada apa dlm kotak tu  masa tu abah Cik Lia tgh pegang kotak tu.abah ckp seafood. dia tnye ada ais x? mama ckp ada. trus dia soh kitorang buang ais tu. rupe2 xleh bwak masuk dlm flight. kne buang dulu ais tu bru boleh bawak masuk dlm flight. dah jadi 1 hal pulak nk buang nak repacking balik. nasib ada kedai jual seafood dlm airport tu tolong buatkan. kne bayar la jugak tp Cik Lia xtau bpe harga sbb busy jaga beg. So bile balik seafood td tu dah x fresh...Sigh. sebenarnye boleh je bwak masuk dgn ais skali tp kne ikot limit diorg la.

So kitorang balik dgn hati yg xpuas.. Abah Cik Lia la kjap2 risau kejap risau tkot ada bau ke apa dlm flight tu so far xde la apa2 insiden.Cuma sampai dkt Airport KLIA beg kitorang basah. again basah dan kotor ya amat..sigh..
nasib2..

Sabah Travelog Vlog





ok itu sahaja storymory 
sepanjang Travelog Cik Lia dan Family di Sabah.
hope korang enjoy..
bye..
 kalau belum baca entry sebelum2 ni boleh klik link di bawah:







You May Also Like

0 comments