Travelog: Kota Kinabalu Sabah day 1 & 2 (2016) (21-24.09.16)

By liyana kirana - 2:50:00 PM


Assalammualaikum
dan
hai korang

Alhamdulillah dpt jugak blog ni berupdate. Entry kali ni Cik Lia akan storymory sepanjang Cik Lia berada di SABAH..So korang dah tau dah kan Cik Lia kemana kan.Plan asal nk pg India tmpat adk Cik Lia study tp syg nya mase kitorg decide nk pg sne tu adk Cik Lia pulak ade trip dgn geng dia ke Boracay. Long story short story Mama Cik Lia pun Book la tiket pg Sabah kebetulan pulak mase kitorg decide nk pg tu Malindo Air tgh buat promo so dpt la tiket murah. Smua detail itinerary korang boleh refer kat Itinerary.


dalam KL Transit Express pun smpat wefie

-SABAH TRAVELOG DAY 1-
(21.09.16)

Ok back to Story. Perjalan Cik Lia dari Ipoh ke Putrajaya mengambil mase 2 jam lebih. Sampai dkt Putrajaya kitorang paking kereta dkt station KL Transit Express sbb nnt nk naik KL Transit ke KLIA. Sampai je kat KLIA trus je Check in barang. Kat sini lau naik penerbangan dalam Malaysia korang boleh bawak air dari luar masuk kedlm Flight.

hello there!

 BCL beb BCL

Cik Lia naik flight Malindo Air ke Sabah dari pukul 12 tghari tp pukul 11.30 pagi kitorg dah boleh masuk dlm flight awal. Naik Malindo air ni best sbb ada tv depan sit kite so xde lah bosan.setiap sit ade tv. Tp yang xbestnye diorg xbape pndai jga custumer mne xnye. Smpai dkt sabah nak amek luggage tup tup beg kitorang rosak xdelah rosak teruk cume kotor dan basah. Nak kate ade org bawak barang basah dlm flight xde plak. Mybe diorg punye air cond dlm kargo tu kot yg rosak ( pada fikiran Cik Lia la). 



so nilah rupe beg Cik Lia..sadis bukan..
(masa balek ag teruk)

Kot ye pun dah tau mcm tu knapa x repair kan? Ni x..nasib baik la baju2 Cik Lia xrosak. 1st time jadi sbb aritu pun mase pg Bangkok pun naik flight yg sme tp xde la jadi kes mcm ni. Haish..apa la nasib.. tp nak wat mcmnerkan redha jelah..


kereta sewa untuk 4 hari 3mlm

Lepas amek luggage kitorg tunggu kereta sewa. Dkt ½ jam jugak la tunggu. Kitorang sewa proton saga selama 4 hari. Nnt korang refer la entry itinerary dkt situ ada harga. Lepas dpt kereta kitorang trus shoot ke Hotel dulu sbb mase kitorg smpai tu hujan. Kitorang stay dkt Casuarina Hotel Tanjung Aru. 15 minit dari Airport KKIA dan kalau dari Hotel nk ke Pantai Tanjung Aru 2 minit je jalan kaki.



family room ade 2 single bed & 1 Queen size bed
view dia pun cantik.

Waktu dkt Sabah ni cepat pukul 5 lebih dah gelap. Waktu magrib diorg dlm pukul 6 mcm tulah. Lepas rest solat apa smua kitorang kluar cari Dinner. Lunch xde trus dinner mmg lapaq bak hang.. Kat KK ni korang kne gune encik Google Map sbbnya lau gune encik WAZE gerenti sesat hahaha..tp kat KK ni bnyak je signboard so senang la korang nk pg ke tempat yg korang nk tuju.Oh ye Cik Lia ada bgtau dkt entry Itinerary  sbelum pg Sabah cik lia ade buat blogwalking kan. Ha itu la tujuannya skurang2nye korang dah boleh tau tempat yg korang nk pg tu dri Blogger2 yg share travelog diorg.

Dataran Todak
(gambar dri google)

1st day dinner kitorang dkt Dataran Todak. Korang akan jumpa replika Ikan Todak dkt tgh2 roundabout tu lau dari hotel tempat tu belah kiri korang. Kat sini bnyak pilihan gerai2. Ikan, seafood dia smua fresh. Tinggal nk cari gerai yg korang rasa ok boleh la pilih lauk dinner korang. Tp jgn lupa bargain (tawar menawar) ya. Ada orang kata makanan kt sini xsedap tp so far Cik Lia rase ok je boleh makan.


gerai pilihan kitorang. i love seri 3 rasa seafood.



seafood dia fresh bak hanggg..

makanan yg kitorang oder

Pasar kraftangan

pasar kraftangan @ pasar filipin

Lepas kenyang makan apa ag jalan2 la dkt pekan KK. Cik Lia xde beli apa pun buat ole2 sbb brg2 dia mahal dan xde apa pun yg Cik Lia tringin nk beli sbb aritu opah pun ade belikan gelang mutiara kat Cik Lia xberpakai2 smpai sudah. Jadi selfie jelah dkt pasar kraftangan tu. dkt situ jugak ada pasar mlm kebetulan plak tgh musim durian so mama,adk dgn abah pg la dkt pasar mlm tu mkn durian. Cik Lia pun ikot sme tp tgk jelah..
then kitorang balek hotel sbb Cik Lia dah basah kuyup kne simbah air ujan mase dkt stall durian tu. #sabojele


-Sabah travelog day 2- 
(22.09.16)

mat salleh sgt breakfastnye pun (--")

lepas breakfast,Cik Lia ingat dpt la main air skali tgk jam dkt pukul 9 so xdelah pg pulau2 yg blogger2 lain pg tu.yelah nak naik bot pg ke satu2 pulau tu kne pagi2 pukul 7 mcm tu dah kne bli tiket.Tp xpelah next time jelah. So kitorang decide pg Rumah Terbalik dulu sbb dkt je dari Pekan KK.


Sampai sudah bah!


Dekat rumah terbalik ni nnt korang beli la tiket mcm dkt atas ni sbbnya Tourisim Sabah tgh buat 5 in 1 Deal Cuti Sabah bah! korang bli tiket dgn harga RM 39 (dewasa) korang dah boleh masuk dkt 4 tmpat yg lain selain Rumah Terbalik ni. Dkt blakng pas ni ada kotak smpai je kat kundasang war memorial (contoh la) korang tunjuk pas ni dan nnt akak dkt kaunter tu akan cop tnda korang dah smpai dkt tmpat tu begitu jugak dgn tempat lain kecuali Poring Hot Spring dgn Desa Cattle farm je xde. Kne bayar harga lain.
oh ye camera pun diorg xkan cas tau. so boleh la bawak kedlm expecially dkt Kg Luanti Fish Spa tu. Sbb ada blogger lain kate kne bayar harga camera. mybe dah include dlm pas tu kot.





Dkt sini korang boleh bergambar dri luar Rumah tu je. Dalam Rumah mmg DILARANG SAMA SEKALI. lau korang degil 1 gambar yg korang tngkap dlm rumah kne byor RM100. Mahu? ha..lau xmau kne ikot peraturan. konsep rumah terbalik ni di inspirasi dari owner Rumah Terbalik ni sendiri berkongsepkan rumah panjang.design dlm rumah tu smua terbalik kecuali kipas dgn air cond.Smua barang2 yg ada dlm tu di letak dgn menggunakan tali,gam, wayar. lau korang msuk dlm tu msti korang akan rase pelik + kagum dgn reka cipta owner ni. Cik Lia xmasuk dlm tmpat 3d tu sbb harga masuk pun mahal. so selfie2 jelah dkt luar rumah terbalik tu.


JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI SABAH

Skali sekala bg mama Cik Lia msuk blog (--") 
budak dkt blakang mama Cik Lia tu escort Cik Lia naik smpai hujung jambatan tu. baik btol.


Atas Jambatan Gantung Tamparuli
(nnt dkt entry 3&4 ade vlog so korang bolehla tgk reaksi CikLia naik atas tu haha) 


Blakang Cik Lia tu jalan kereta. kecik kan jalan tu.. 
ada jalan lain jugak nk pg ke Jambatan ni tp kne ikot laluan lain.


Cik Lia turun je dri jambatan tu tgk2 diorg tgh pelahap Durian. Again. durian ye kawan2..

lepas pekene durian dan Cik Lia kne tahan mabuk bau durian. kitorang trus pg ke Chentek Borneo Gallery sbb dah tghari kan.owh lupa perjalan dari KK ke Rumah Terbalik td mngambil mase 1 jam lebih dan nak pg ke Jambatan Tamparuli tu xsampai 15 minit dari rumah terbalik td. Sbb kitorang xtrus naik ke Kundasang kitorang balik semula ke KK sbb msih ada 1 mlm ag dkt Casuarina hotel. Dalam perjalan nk balik td korang akan jumpa Chantek Borneo Gallery. korang kne singgah dan smpai je kat kaunter tu bg pas td untuk di cop.





Dkt dlm gallery ni ada lebih dari 20 anak patung barbie yg merangkumi pelbagai etnik dan budaya orang sabah. Dlm gallery ni pun xleh amek gmbar cuma dkt luar je boleh. Baru la Cik Lia tau yang dkt sabah ni ada bnyak etnik ingatkan ada 4 je..kat sini boring sikit.
settle 3 tempat dkt area Tamparuli. nnt xyah singgah dah. lepas settle 3 tempat td kitorang pg try Lokan Bakar dkt Sepagar. sbb diorang ckp (blogger yg Cik Lia buat blogwalking tu ckp la) kat sini Lokan bakar dia femes dan kne try klau dtg Sabah.



2 makanan yg femes dkt Sepagar ni
lokan bakar & Air kelapa puding.



Kiri kanan jalan ada stall jual lokan bakar korang pilih je. 

settle makan lokan bakar shoot balik hotel tp xtrus balik hotel singgah pulak dkt Muzium Sabah. sigh..dah mcm acara wajib pulak bile pg tmpat org kne pg Muzium diorg. itulah yg abah Cik Lia akan buat.


Muzium ni besar dlm dia ada bnyak artifak2 lama orang2 sabah.Tempat ni korang boleh skip. Sbb xde apa pun just tgk2 barang2 lama,cerita mcm mane sabah tu boleh jd sebahagian dri Malaysia dan sebagainya. Then baru la balik hotel. tp sebelum tu smpat lagi singgah minum petang dkt Pantai Tanjung Aru.
Anjung Perdana Tanjung Aru
dkt sini korang kne try Chicken wings dia..sedap.boleh di katakan femes gak la.

nk tgk Sunset tp sbb ramai sgt org terpakse la selfie 1/2 take dkt situ jap.

Then baru balik hotel. Smpai hotel pun dah dkt magrib. Settle solat rest apa smua kitorang kluar pg cari dinner. kononnya nk makan dkt Kg nelayan tp xjadi sbb mase dkt Kg nelayan tu diorg cuma ada steamboat je lau nk makan seafood kne tunggu show start bru boleh oder. dan kitorang pg dkt Anjung Senja. Dkt Anjung senja pulak seafood, ikan diorg xfresh mcm dkt Dataran Todak.Kata Mama la sbb  sblum pg anjung perdana tu ada singgah jap nak tgk la ada apa kat situ then mama ckp dia nmpak diorg bawak kluar ikan yg smlm punye untuk dijual.Cik Lia pun xtau btol ke x..tp mmg malam tu Cik Lia tgk mmg xde yg menarik untuk di jadikan santapan.

so kitorang decide pg semula ke Dataran Todak. Kat situ stall jual seafood mmg bnyak. mcm Cik Lia ckp mase 1 day td la kne bargain lau x bargain harga diorg kasi tinggi.




 Melayu Borneo Seafood.
(btw makanan dkt sini halal ye kawan2)

lobster dia besar bangat aduh! 


Dinner kitorang mlm tu..
total harga makanan dkt Dataran Todak dari 1 day smpai 2nd day dkt RM300 lebih


Pasar ikan masin

habis makan perut pun kenyang smbung jalan2 dkt pasar ikan masin smpai dkt situ hujan turun..sigh...xdpt lama2 kat situ.nasib baik hujan dkt sabah ni kejap2. lau korang bawak makcik, opah, maksedara jiran2 boleh bawak diorg dtg sini sbbnya udang kering dkt sini murah.sure berkotak2 diorg bawak balik semenanjung nnt.haha.. tp still kne bargain la.

oklah tamat sudah episod 1 & 2 Cik Lia dkt Sabah..
eh jap2 ada ag part 3 & 4 la..
yang tu nnt ek..xabis edit ag..
sory lau agak pnjang story Cik Lia. biasa la dpt pegang keyboard mcm2 nk tulis hahaha..

ok jumpa next entry..
bye..

kalau korang belum baca entry yg sebelum2 ni boleh klink link dkt bawah ni.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments